Jumat, 31 Oktober 2008

PENGHARGAAN KARYA SASTERA




Tahniah! tidak semua mampu warnai HADIAH SASTERA PERDENA. SATU EPISOD DIKRIANKRAI, gondol hadiah eceran CERPEN. Cerp[en tersebut tersiar di d alam majalah Dewan Masyarakat

BERMULA DENGAN ALIFF



Pertama kali menulis dengan PTS. Seronok. Rasa nak hantar karya terbaru. Terbitan 2005 kalau tak silap ingatan saya. Ada misteri di sebalik nama Aliff

SERUNAI MALAM




Novel pertama terbitan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Royalti novel ini menjadi belanja perkahwinanku. Tahun 1991. bukan mudah menjadi penulis sepenuh masa. tanpa kecekalan, kesabaran, tidak melatah bila menerima komen membunuh bakat, merupakan penawar untuk terus menunju kejayaan.

TERPINGGIR




Terbitan tahun 1996. Idea asal daripada arwah ayahnda, Latiff Jenal. Ayah pergi sebelum sempat melihat ideanya berada dipasaran. TERPINGGIR, kisah tragis remaja sekolah yang menjaga lembu demi persekolahan adik-adik dan dirinya sendiri. Dengan siratan bahasa yang bersahaja tapi menarik, TERPINGGIR memanggil minda dan rasa pembaca untuk berfikir bahawa setiap pekerjaan baik itu akan di balas baik.

KEMILAU RINDU



Terbitan tahun 2000. cetakan pertama 5000 naskah. kedua 2000 naskah. terbitan CREATIVE ENTRPRISE. Rindu bercampur sayang jadikan seseorang itu kasih.
Novel ini diulang cetak

KALAU ADA CINTA


Novel terbitan UPND. Tahun 2000. Seronok baca KALAU ADA CINTA. ADa falsafah di dalamnya, selain motivasi dan berfikir bahawa cinta itu hanyalah rintik-rintik hujan di daun keladi kalau tidak dihiasi dengan iman dan amal.

DAERAH LAKSAMANA



CErpen yang memberikan suaran semangat buatku menulis kreatif. DARAH LAKSAMANA, memenangi hadiah utama cerpen Utusan Melayu Public Bank 1995.

KARYAKU






















Dua buah cerpen memenangi hadiah utama dan kedua anjuran DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Wilayah Timur. Cerpen tersebut berjudul MENYONGKET ZAMAN dan SERUNAI MALI PERAK. Kedua-dua cerpen itu terkandung di dalam antologi AURA terbitan DBP

Rabu, 29 Oktober 2008

SUTERA KASIH


Novel ini mengisahkan tentang sebuah kehidupan tragis perempuan laut dan lelaki berada. Salah seorang daripada mereka rela merana demi kebahagiaan orang lain. Cetakan pertama 30,000 naskah. cetakan kedua 5,000 naskah. Tahun 2003. SIRHAN ANSARI nama penaku.

JANGAN KAU MENANGIS


Antologi terbitan UTusan Publicantions & Distributors. sekitar 2000an. di dalamnya terkandung cerpen saya: RINDU TANAH MALAYA. Cerpen tersebut memenangi hadiah penghargaan. RINDU TANAH MALAYA mengupas kisah perjuangan silam yang diadunkan dengan cinta sejati.

PERMATA DIANJUNG DESA



Novel ini memaparkan siratan kehidupan seorang pelajar pedalaman yang gigih. bahasanya lunak dan bersahaja. Ada firasat di sebalik intipati novel tersebut. novel ini diulang cetak

NOVEL 2008






















GAdis Replika. Lahirnya 2008. isi kandungannya memaut fikir pembaca budiman, bahawa kehidupan ini bergerigis.

DAERAH LAKSAMANA


Karya yang melonjak minatku.

PEREMPUAN DARI KOTA SYURGAWI



Lagi karya saya, cerpen yang tersiar di Mingguan Malaysia. banyak ajar saya erti kegigihan perjuangan wanita solihin. kita seringkali mengingati orang lain, tetapi kita tidak mengingati kecekalan hati isteri para pejuang yang menegakkan kebesaran Islam,

PETA PAHLAWAN























Karya yang menyatukan jiwa dan semangat patriotik.

SETANGAN KAIN LIMAR




Karya yang banyak berikan tekad buatku berusaha gigih. Terima kasih pada kawan-kawan yang membantu.