Sebuah lagi novel terbitan ARUS INTELEK. Anjun, kehidupan gadis anak Orang Asli yang berwawasan. Antara cinta dan cita-cita, ada bilah-bilah halangan yang terpacak. Apa pun kasih suci tetap bersemi dihati. Rindu sayang bermukim dalam dada.
Bermukim dalam daerah kreatif, terus menabur benih penulisan. akhirnya lahir Kiambang Kembali Bertaut. Terbitan CESB. Laila Haryati, juga nama samaran saya.
Tahun 2008 lahirnya. Sarat dengan falsafah. Ada sesuatu yang menarik di dalamnya. generasi baru kiranya tidak mampu mencari rezeki dengan menjual kuih dan nasi di atas keretapi.
Terbitan Zebra Edition. tahun 2000an. Lupa tahunnya. Mungkin 2001. Pertama kali diterbitkan di Marwillis Publications. Novel kedua selepas Serunai Malam. Semuanya memberikan semangat buatku untuk terus berkarya.